Sunday 6 October 2019

BLANK...

Entah kenapa hati ni terasa kosong..
Kosong hingga tiada apa... Terasa sunyi...
Mulalah bergelut dengan perasaan sendiri..
Bila rasa bergini... Hati berkehendak sesuatu yang telah lama ingin sehingga terlupa sesuatu yang berharga di depan mata...
Bila otak terpikir sesuatu yang berharga tu... Mulalah hati rasa tak tentu...
Ahh sudah... Hati jadi keliru...
Tapi hati rasa kosong sangat... Rasa nak pergi jauh.. Tinggalkan kekosongan nie... Nak mencari sesuatu untuk di isi...
Tapi... Macam mana dgn permata yang di depan mata..??
Wahai hati...telah banyak kau berkorban... Kau sakiti hati sendiri demi hati yang lain... Kau lukakan diri kau sendiri demi memberi hati2 yang lain bahagia... Kau lupa bahawa kau juga sekeping hati.. Hati yang ingin merah mekar...
Tapi kau terlalu menjaga sehingga kau menjadi kelam dan layu....
Duhai mutiara mata..
Telah banyak kau berderai... Hingga kau membasahi pipi di sisi... Tapi tak siapa sedar kerana kau tahu hati tak mahu siapa tahu...
Bilalah kau boleh sedar diri bahawa kau perlu jada diri kau sendiri sebelum diri yang lain..??

Semoga diri ini masih kuat untuk menjaga hati ini.... Hati yang telah banyak mengajar erti kasih sayang dan pengorbanan....

No comments: